Thursday, April 01, 2010

Almost 'meroyan'

Kita hanya merancang.. Tuhan yang menentukan,...
Dan atas pernyataan itu lah akak harus pasrah dan redha kerana segala yang dirancang tidak berlaku..
Maka, akak terpaksa teruskan juga rancangan itu walaupun berseorangan.. walaupun segala rancangan telah terkubur begitu sahaja...
Tapi akak MASIH ada PLAN B.. okeyyyy! :)

Kisah 2: Akak masih lagi meroyan dengan kerja yang makin berlambak-lambak ,ditambah dengan students yang punya hobi hantar draf tesis last menett pas tu expect akak boleh baca dalam satu hari...(Akak rasa kalau hari-hari akak meroyan, memang tak lama la tu akan dihumban ke bangunan sebelah tempat kije pakcik shahe kita... ada harapan jadi jiran dia karang :)). Namun begitu ada la juga kebaikan nya... yakni (1) akak tak sempat nak makan minum.. boleh kurus gamaknya (kot)..(2)akak merasa diri sangat produktif, so rasa sedikit sebanyak akak telah menyumbang kepada negara.. (lame punya ayat ni ). Tapi entah mengapa, walaupun bulan ni adalah bulan yang sungguh 'hectic' tapi akak rasa cam bersemangat je.. ( apakah...!)
Kisah 3: Rindu kampung tapi takboleh balik. Ingat nak balik weekend pun, tetap ada jek aktiviti samada difakulti ataupun universiti. Nak balik weekdays, kena tunggu final year students go thru dianya viva dan segala bagai. 2 orang kawan karib akak dah collapsed dah sebab stress kot. Akak, alhamdulillah masih lagi bertahan. kalau nak tumbang.. sempat pegang lamp pole lagi kot :)

Akak harap Allah permudahkan laluan hidup akak dan juga sihatkan tubuh badan akak sehingga hujung tahun ni. AMIN

No comments: