Tuesday, April 13, 2010

Gumbira

Motif akak berupdate tgh2 malam buta ni? ....
Sebagaimana tajuk di atas, kegumbiraan hati akak ini sebenarnya adalah disebabkan ( wahh ayat!).....
ok.. akak letakkan dalam point form yek ( nih gara2 baca thesis budak2 dah terikut2 ni..)
. akak dah selesai memarking 5 bijik thesis dengan jayanya.. disaat lecturer lain masih lagi terkial2 duk ambik draf students dorang.. (bab ni akak memang bo-layan. dah cakap submit 1 april, apa kes ko baru terhegeh2 nak submit DRAF on the 1st April? Ke diaorang ni memang tak paham arahan dalam bahasa Melayu. So akak dengan tegasnya merejecyt mana2 draf yang baru disubmit on dat day dan mengarahkan sebijik thesis yang lengkap dihantar dalam masa seminggu. ( tu kira akak masih lenient lagi pe..)
. akak dah berjaya mengahbiskan kerja-kerja lain. juga mengisi fail untuk audit.
. so semua dah settled. maka terhegeh2 juga la akak nak buat slide untuk presentation kat conference next week
. Akak akan ke Turki next week, alone.. tapi balik ada company. Sangat seronok juga rasanya sebab akak akan ke Antalya aka Turkish Riviera selama 5 hari di mana konferens diadakan. lepas tu stop kat istanbul 2 hari sementara menunggu flight. Best tak? best tak?
. owh lupa nak cakap. akak dapat lagi another colic last friday. Pukul 3 pagi akak ke A&E Hospital Serdang sebab dah tak tahan sakit sgt. It seemed dat kidney stone yg diblasted 6 months ago, has recurred again.
. Owh lagi satu, setelah 9 bulan akak berjaya tidak di 'jab' dengan depo, akak sudah tewas hari ni.. sebab obstetrician tu nasihatkan akak ambik balik pil perancang, and this time secara oral.. akak redha jek la. owh and they found out ada fibroid sebesar 3x3 cm yang tidak merbahaya mengikut dokter. i gained 2.5 kg after 4 months.
. Nephew akak yang baru sebulan masuk SMS Alam Shah mogok tak nak balik skolah semula last sunday, yang membuatkan mak bapak beliau mati akal.. ( ikut hati nak rasanya pelempang jek budak tu)
. Akak pergi Setia Alam untuk melihat rumah baru abang akak di sana, yang ternyata tak mampu untuk akak membelinya hatta sebuah pondok pun kat sana..
. Muscle kat perut ni masih lagik sakit hasil muntah berkali-kali masa colic tu.. nak batuk pun sakit wooo....
Akak rasa itu jek laporan buat kali ini.. Akak akan membebel lagi when i came back from Turkey ya.. Harap2 nya selamat la perjalanan pergi dan balik..

Wednesday, April 07, 2010

Sehari tak cukup 8 jam

Sekarang ni disebabkan dilambak dengan beban kerja yang memerlukan kesemuanya diselesaikan sebelum 17 hb, akak dah mula merasakan satu hari tak cukup 8 jam kerja.. CTolak dengan masa pegi toilet, makan, meeting ngan students, satu tesis pun tak sempat abis baca sehari.. ditambah dengan 5 business reports yang harus di bagi markah.. report pada penghujung kursus, slides yang masih perlu dibuat.. memikirkannya rasa mahu stay back kat ofis sampai malam.
Malangnya, rasa kesian kat driver mengatasi segalanya. Kalau nak suruh dia datang ambil dalam pukul 7 gitu,abis pukul berapa dia akan sampai rumah? mesti lepas pukul 10 malam. Almaklumla KL ni makin lewat makin jam. Maka, nak tak nak, terpaksa la juga balik tepat pukul 5 so dat driver boleh sampai rumah dia before 7.
Hari ni kononnya dah janji nak balik dengan kawan, so dat kita orang boleh stay back sampai maghrib. Tapi rancangan tak terlaksana. At the end balik pukul 5 juga.
Masa kita sibuk ni la, masa tu la nak buat audit, bagi deadline bagai...
Apa salahnya kalau semua tu boleh di hantar selepas 24 hb?
macam ada 3 orang students ni.. disebabkan dia org bertiga jek yang kena pegi somewehere on tat exam day.. siap merayu suruh postpone exam. Kalau dia cakap dia org jek yang terlibat, of course la kita org boleh awalkan exam utk 3 orang tu. Tapi sukarela la plak merayu untuk kawan2 lain yang tak de kena mengena. Itu la buat ayat separuh jalan.
Esok cadangnya nak terus buat kije tanpa apa2 gangguan. kena pikir dua kali untuk pegi bersembang. Selalunya sembang tu jadi kegiatan sampingan sebab ada jek terjumpa orang yang nak bersembang on the way to toilet..
meja pun semakin berselerak. Silap haribulan terjumpa bangkai cicak kat atas meja tu hahahaha.
Ok la.. bak kata students.. aja aja fighting la gamoknyeee..
Weekend ni baru ingat nak kemas rumah.. dah ada agenda lain.. mom n sis are in town.. kena la jugak pi jumpa.. dah dekat 5 bulan tak jumpa mak.. sebelum pegi mana2 baik mintak restu mak dulu kan :)

Monday, April 05, 2010

Misteri Nusantara

okay< I need to blog regarding this, Tried not to think about it, but it really annoyed me. Tried to tell pakcik, (biasalah akak kan suka mengadu domba, but I dun think I d get any response from him. The least that he can do is irritating me more by telling that i m being forgetful again)..
But I know I am not. And I am pretty sure that I did not misplace it. Eh, akak yang basuh kain lipat kain, takkan akak tak ingat kan?
Well let me tell the story.. I lost my pant again. The grey pant. and this is the 2nd time tat I lost my pant inside my house!
The first time was last year. I lost 2 pair of pants at tat time. the chocolate and the pink ones. I tot I left them at my bro's but when I asked the maid to look for me, she said they'r not there. Of course la akak pun perasan akak tak pernah tinggal apa2 kalau balik rumah my bro. And this time, I lost another pant. I still remember I saw it nicely folded inside the 2nd drawer in the room.
Tapi tadi, bila akak tiba2 terasa nak pakai, akak cari lah tapi tidak jumpa. Persoalannya, siapakah yang mengambilnya???
I mean kalau ada org yang masuk rumah akak when i was not at home, takkan lah dia cuma ambik sehelai seluar kelabu akak jek. Abis laptop and other precious items in my house tu, takde la plak dia nak ambik?
So, tadi kan, akak cam dah bengang, akak siap cakap kuat2, sesapa yang ambik tu pulangkan lah.. cukup2 lah dia ambik a few items in my house, hari tu syampu yang akak beli letak kat fridge kat dapur pun bila akak nak guna, dah takder!
Akak perasan jugak, whenever I bought another new pants, ada la satu atau 2 helai yang lama went missing. and last time, when the chocolate pant went missing, I just bought another new pant with the same color. And this grey pant, I also have another one with the exact color..
Mysterious,, isnt it?
and that reminds me of another incident... which happened a few months ago.
The fan was on when i came back from work. Scary gila akak time tu cos I remember I did not leave the fan on when i left the house.
Hmm.. i dun know la.. Really dun want to think about it but it has really pissed me off to the extent that i changed my mind to wear the blouse that matches with the pant. I m wearing a baju kurung instead.
And Miss Ghost, can you please return my pant and just take watever pants that I dun want to wear anymore?

Thursday, April 01, 2010

Almost 'meroyan'

Kita hanya merancang.. Tuhan yang menentukan,...
Dan atas pernyataan itu lah akak harus pasrah dan redha kerana segala yang dirancang tidak berlaku..
Maka, akak terpaksa teruskan juga rancangan itu walaupun berseorangan.. walaupun segala rancangan telah terkubur begitu sahaja...
Tapi akak MASIH ada PLAN B.. okeyyyy! :)

Kisah 2: Akak masih lagi meroyan dengan kerja yang makin berlambak-lambak ,ditambah dengan students yang punya hobi hantar draf tesis last menett pas tu expect akak boleh baca dalam satu hari...(Akak rasa kalau hari-hari akak meroyan, memang tak lama la tu akan dihumban ke bangunan sebelah tempat kije pakcik shahe kita... ada harapan jadi jiran dia karang :)). Namun begitu ada la juga kebaikan nya... yakni (1) akak tak sempat nak makan minum.. boleh kurus gamaknya (kot)..(2)akak merasa diri sangat produktif, so rasa sedikit sebanyak akak telah menyumbang kepada negara.. (lame punya ayat ni ). Tapi entah mengapa, walaupun bulan ni adalah bulan yang sungguh 'hectic' tapi akak rasa cam bersemangat je.. ( apakah...!)
Kisah 3: Rindu kampung tapi takboleh balik. Ingat nak balik weekend pun, tetap ada jek aktiviti samada difakulti ataupun universiti. Nak balik weekdays, kena tunggu final year students go thru dianya viva dan segala bagai. 2 orang kawan karib akak dah collapsed dah sebab stress kot. Akak, alhamdulillah masih lagi bertahan. kalau nak tumbang.. sempat pegang lamp pole lagi kot :)

Akak harap Allah permudahkan laluan hidup akak dan juga sihatkan tubuh badan akak sehingga hujung tahun ni. AMIN