Tuesday, December 02, 2008

Takder mood nak berkerja aka nak memproduktifkan diri sementelah dah dekat2 nak raya aji nih ( haha alasan.. bila masanya ko ada mood nak kije pun makcik.. excusessss manjang ko neyh)..
serious... tambahan pula minggu nih.. semua org either pi mengkursus ptk-an diri or dah balik cuti..
cam makcik sensorang jek yg masuk kije kat dalam dunia nih...
cam makcik sorang jek yg takde plan nak bawak anak2 pi mana2 sempena musim cuti nih ( hishh lupa, anak pun lum ado)..
cam oksigen pun dapat kat makcik jek dalam ofis nih.. ( explained pasai sejuk sgt aircond 2-3 hari nih.. sbb takramai yg guna..)
tapi takpe...
sebabnya.. esok lusa.. makcik akan men-cutikan diri.. dengan bersuka ria makan nasik kerabu, apam balik, nasik berlauk segala bagai kat kampung halaman yg tercenta...
walaupun makcik amat paham.. chances makcik nak berpoya2 di bawah terik mentari amatlah tipis.. sebab kg halam makcik skrg tgh musim tengkujuh...
tapi makcik redhaa... ( hari tu tengok mangsa banjir moyok jek kat pusat pemindahan banjir, makcik ter-pilu sat.. iya la.. ada gak makcik terpikir.. kenapa la mereka mereka semua yg dah tau.. tempat dorang tu setahun sekali akan dilimpahi air banjitr tapi tetap nak duk situ gak.. apasal tak pindah or buat rumah kat tempat yg tinggi skit ( dan selepas itu makcik mula la mengutuk2 diri sendiri..ish cam senang jek suh org pindah randah duk tempat tinggi.,.. dah namanya tu tempat tumpah darah dia.. ingat ke senang ke nak pi duk tempay lain , lain la makcik yg rumah tak penah banjir unless kalau di takdirkan tempat makcik banjir.. alamaknya mmg bandar KB tu akan tenggelamm.. )
begitulah kekdahnya...
Sebab itu la.. makcik tak gedik or hepi sngt kunnunya nak main air bah ke hapa ke.. sbab makcik tau banjir ni merupakan satu malapetaka kepada setengah org yg tinggal di kawasan rendah.. ilang segalanya.. (tapi ada la plak maknusia yg excited gila kalau banjir sbb nak main air banjir katenyaaa.. siap wat lagu lagi.. ishh... heran la plak)..
ala-ala ceramah ustazah la plak neyh..
tengok keadaan mangsa banjir bergenang jek airmata makcik.. ish kalau la makcik nih diberi rezeki yg lebih.. nak gak makcik beli tanah yg tak sampai dek banjir n bagi mangsa banjir tu bina rumah bagai kat situ...so takder la dorang asal ujung tahun jek.. dorang phobia takut rumah kena banjir....
tapi tu la.. makcik tak kayo.. tanah sekangkang kero pun takder..
begitulah adanya..

No comments: