Thursday, December 04, 2008

4499F Lorong Tok G*ading

tetiba plak rasa gigih nak meng-updatekan blog.. sementelah tghari karang makcik akan balik ke kg halaman yg tercinta ...besh besh beshh amat
maka seminggula makcik akan bersiaran drpd lorong tok gading... (tidak.. makcik tidak akan memnawa balik sebarang unsur2 yg boleh di internetkan di sana.. sementelah internet telah pun di'potong' oleh adik ku yg tercinta sejak bbrp bulan lalu (kerana mengikut katanya.. "line phone dlm bilik tu takder sapa guna" .. tapi.. oh ye.. internet masih lagik ada.. tapi cuma mode 'dial-up' sajork dan harus menggunakan line phone rumah nan satu yg ada kat hall tu... tak best la kan?
dan harus juga.. kalau mencari2 line wifi sesat di sekitar area rumah makcik tu.. mustahil rasanya sbb yg makcik tahu.. hanya makcik sorang jek yg internet tak brp savvy kat situ kahkahkah..
alaaa.. kat kws rumah makcik tu, hanya dipenuhi dgn budak2 yg main galah panjang sajork.. manakan tahu savvy se bagai nih.. hihiih..
lain la kalau mat-mat fit yg berlambak semunyi dalam semak on d way to masjid tu.. sambil2 nunggu mangsa, sempat berinternet menggunakan line telekomunikasi segala bagai dgn handphone masing2 kan?
hahaha... makcik ini cuba memperkotak-katikkan keupayaan org2 kampung makcik rupanyaa.. cessssss.. dasar lupa daratan..
Arakiannya, cuti makcik akan bermula sekejap lagi sebaik sahaja makcik menaiki pesawat kunang-kunang itu ( taktau la.. boleh ke panjat tangga nak naik neyh.. last time makcik dibantu oleh anak sedara).. sehingga la ke hari rabu depan..
bahwasanya.. makcik terlupa la pulak hari khamis adalah hari cuti keputeraan sultan selangor.. ( kalau tau.. makcik memang akan balik pada hari tersebut) .. tapi memandangkan nasik sudah menjadi bubur McD, makcik abaikan sahaja hari tersebut dan bertekad untuk melepak-lepak dirumah sahaja..
Sempena hariraya haji yg bakal menjelang isnin depan.. makcik telah menanamkan azam untuk tidak melakukan perkara2 berikut sewaktu di kampung halaman:
1. berdiri dengan jarak kurang dr 3 meter dengan sebarang lembu yg ditambat di mana2 pokok pada hari isnin, selasa atau rabu depan ( oppss.. rabu makcik sudah balik)
2. duduk mengadap sebarang hidangan berasaskan daging di meja makan rumah makcik atau rumah org lain.
3. bermain-main dengan sebarang ekor lembu yang ditambat atau yg berkeliaran sepanjang tempoh tersebut
4. berkeluh kesah ditepi sebraang fridge yang diisi dengan aiskrim
5. meninggalkan house slipper di depan pintu bilik air ( kerana dikhuatiri akan di kebas oleh si daniel sebagai alat untuk membals dendam kepada makcik dikemudian hari. (dah beberapa kali makcik telah dibaling dengan selipar oleh budak Daniel kerana makcik asyik menyuruhnya melakukan aksi tarian gelek dihadapan makcik)... ye budak kecik itu sebnarnya adalah pendendam orangnya.. dan biasanya dia memulakan strategi yang tak diduga sewaktu makcik senang enak bersantai di atas sofa kat hall)
6. menukar pakaian sewaktu budak kecik itu berada di dalam bilik.. kerana dikhuatiri beliau akan mengutuk kaw-kaw punya akan bentuk badanku yg solid molid ini.. (kali terakhir beliau mengutuk makcik sewaktu makcik tak sempat menghalau beliau keluar bilik ialah pada raya puasa lepas.. dan perkataan yang maha pedas yang digunakan ketika itu ialah " ya Allah.. besarnya perut"! hahahaa.. hampir makcik nak terkencing mendengarkan kutukan mahabrata itu)
7. tidak menjejakkan kaki ke kedai tudung di tingkat 1 pasar besar lama ( ishh tapi dalam hati kepingin sungguh utk membeli 2-3 helai tudung yang ekslusif itu)

Itu sahaja rasanya resolusi yang perlu dipatuhi sepanjang berada di kg halaman nanti.. waima.. sebaik sahaja makcik balik ke bumi serdang kembali.. makcik harus bersiap sedia untuk berumahtangga di hospital lagik...The big O-day cuma tinggal 2 minggu sahaja lagik..
owh.. tidak sabar rasanya utk melantak segala nasik kerabu yang berwarna hitam... dan juga sebarang ubi rebus.. ya.,.. itu merupakan makanan ruji makcik sebaik sahaj tinggal di kampung halaman..
lihat.. tidak susah hendak membela dan menyara makcik ini sebenarnya.. sekadar di gula-gulakan dengan ubi kayu rebus sahaja, maka makcik akan terlentok keseronokan.. dan sekelongsong nasi belauk yg beruilam sambal belacan dan gulai kuning ikan kering.. waduhhh udah kecur airliur makcik ini...tidak mustahil sidaniel akan kembali dengan kutukan2 dewatanya lagi.. sebaik sahaja melihat makcik mengisi tembolok makcik yg mengikut kata daniel " ya Allah.. perut Cik Ngah macam perut gajah!" hahhahahah

No comments: