Wednesday, August 11, 2010

Detoxifying month of Ramadhan

Not in the mood to update the blog, as I have lost it while marking the students' ethno paper. Senatp hokeyyy. Akak merasa sedikit sakit jiwa juga sedikit kuciwa dengan prestasi pelajar akak yang sangat kelaut... dorang ni paham apa tak yg akak ajar ke jenis main spot soalan.. so soalan yang masuk totally outta their league..
Sunnguh akak kuciwa.. so marking amat mengambil masa.. walaupun hanya 22 ketui sahaja yang ambik paper ni... kata paper elektif... Soalan part akak memamng ko setakat ni.. so ada lagi 2 soalan daripada topik lecturer lain..
Sesungguhnya emosional di hari pertama ramadhan adalah amat tidakk sesuai yer....
Sementelah waktu kerja di bulan ramadhan ini dipercepatkan setengah jam, (tapi akak kul 6.30 pagi dah terpacak dalam bilik), haruslah akak balik awal sikit petang ini untuk mengubati hati yang lara.. ( motif?)
Dan seperti kebanyakan blogger lain yang memperihalkan kisah sahur di hari pertama, maka akak juga adalah tidak ketinggalan untuk berkonngsi cerita (ewah!).. Cuma cerita sahur akak tidaklah berapa meriah kerana akak hanyalah bersahur berseorangan sahaja diiringi dengan jeritan anak2 pak iran di luar bangunan. Disebabkan akak telah berazam untuk men-detoksikan diri di bulan ramadhan ini, maka akak telah mengambil minuman ( yang kununnya mampu mendektoksikan) yang menyebabkan perut akak memulas mulas sahaja sejak dari pukul 10 pagi tadi.
Owh , lupa pula,, sahur akak adalah berupa tomyam (paling sedap kat Sri Lavnder, Kajang) dan juga paling pedas yang amat. Akak masak satu periuk besar ( sebab tak gheti nak ration untuk sorang ni).. dan haruslah akak mengulangi makan tomyam tersebut sehinggahabis licin satu periuk. Paling cepat lagi 2 kali buka puasa dan 2 kali sahur.
Buka puasa nanti, akak akan mendetoksikan diri lagi sekali sebelummenjamah apa sahaja makanan yang berada di dalam fridge. Adakah kesan minum detoks itu menyebabkan akak terasa tidak terliur langsung dari membayangkan makanan2 enak di tghari ini? hmmm mungkin juga.. sbb akak rasa masih kenyang walaupun dah 2-3 kali berulang alik ke tandas. Owhh... hati akak sudah mula berbunga kerana sekiranya rutin ini boleh diteruskan sepanjang bulan ramadhan , harus la akak berjaya mencapai saiz model of the year nanti.. hahahah ( ok, tak kelakar)
harus mintak diri dulu kerana perut akak kembali memulas2.. (owhh btw, minuman tadi mengandungi ekstrak nenas di samping pelbagai ekstrak tumbuhan yang menampilkan kaler yang sungguh tak menarik iaitu kaler hijau.. tapi rasanya sedap dan everytime akak sendawa, akak rasa nenas... hihihi)

permisi ke tandas dulu!

No comments: