jari sangat pijar, taktau kenapa.. agaknya sebab tadi duk pegang cili api nak blend.. ataupun sebab akak kuoas bawang putih dalam gelap.. entah entah dah tersagat jari sendiri..
dah 2-3 hari tak puasa.. frust la juga sebab tengah berkobar kununnya nak menkhatamkan quran yang dah terbengkalai sejak tahun lepas.. ingatkan dah ambik jab ni, selang sebulan la ke dia 'datang' tapi ambik jab ke idok, regular jek.. dah le tu, selalunya 15 hari baru ok... (motif nak elaborate ni pehal kak?)
Anyway, anak buah akak yang kat SSP tu ada kat rumah this weekend.. kalau akak la sementelah tak puasa ni, ala kadar jek la makan.. tapi since dah tetamu ada, terpaksa la ke param.. ( bukan terpaksa masak kakaka).. semalam te5jadi la satu kekecohan sebab org yg nak pick up niece akak kat ktm serdang tu, tak berapa nak kenal muka niece akak tu.. so saling tunggu menunggu, akak pulak jadik perantara.. niece akak tu pulak takder hp, rely on public phone, dah le public phone byk yang rosak.. dekat 1/2 jam la jugak baru ketemu..
pas ambik akak kitaorg ke param depan rumah..tayau la apa nak makan, beli nasik kerabu for the 2nd time pas tu beli onde2 , 8 ketui 2 ringgit .. ish ish ish.. nasi kerabu pun takder la sedap mana.. cam tak cukup syarat tapi boolehh la..
kul 4.30 pagi, kejutkan niece, panaskan nasik dan lauk dia nak makan pas tu akak pun turut sama tak tido sampai la dah dekat nak masuk subuh... mithali sungguh la mak sedara ni kan kekekeke
petang ni mungkin ke param.. kalau budak skolah tu cakap nak pegi tapi akak cadang nak masak mihun goreng , tadi tgh kupas bawang la yang tersagat jari tu...
esok, ada bukak puasa kat KD, sempena nak meraikan abg ke 2 akak yang dah nak 'blah' ke marseilles jumaat depan.. (selamat duit raya akak untuk anak2 dia tahun ni hahaha). so kitorang the rest of the clan pakat2 sponsor bukak posa utk dia satu famili.. abangnda yang sulung dah delegate sapa kena bawak kuih apa.. byk cantikkann.. hahaha.. abis yang diraikan tu seperti biasa la main lenggang kangkung jek la kot datang kekekeke.. ( motip kutok abang sendiri kan)
so.. itu lah dia.. dah tak berposa ni.. cam tak best jekkk.. harap2 takder la lama 'cuti'.. tahun lepas akak cuti satu hari jek tu pun sebab akak kena posa utk xray.. so akak tak dapat sahur.. tak sahur maknanya tak makan ubat.. so pas xray akak buka jek la :)
dah pukul 4.. jap lagi kalau rajin ke param yang ntah hapa-hapa tu.. round 2-3 kali pun cam tak der menda yg rasa nak makan...
No comments:
Post a Comment