Hari Jumaat yang sangat mengeringkan tekak. Dah puas akak menggagau cari ayaq minum, nak turun koop beli mineral water malas, kat dalam pantry, bekalan air dah abis.. so puasla akak menelan air liur (eeeww) tapi tetap tak hilang hausnyaa.. tapi kunyah biskut mayat for lunch tanpa air... rasa cam unta la plak...
anywayyyy... untuk menghilangkan ngantuk, akak berblog(bley?), since nak minum kopi hang tuah.. ayaq panaih takdakkk...
Ada satu thesis nak kena baca dan satu paper nak kena write up. Gigih write paper sebab nak cukupkan quota hikhikhik. owhh insentif last year publication pun lum dapat.. so tahun ni berazam untuk publish kat impact factor journals la plak...
Akak ada satu lecture jek weekly sekarang.. lepas raya ada balik lectures untuk subject lain.. so skrg takder la bz sangat nak prepare lecture.. boleh la membuat kegiatan sampingan yang bermenafaat ..
Semalam lunch kat Mohd Chan dengan adik akak dan colleaguenya.. they all dtg untuk meeting department yang setahun sekali pun tak penah attend tu hikhik ( motif kutok adik sendiri).. Anyway, most of the siblings balik kg this weekend membuatkan kejelasan akak melampau-lampau... takpe.. tak sampai sebulan lagi, akak akan balik untuk beraya... ( ewahh posa pun lum dah berangan nak balik raya)..
bese la abg akak itu, nak masuk bulan posa, wajeeebul balik kg untuk membeli serbo mok-niko kuih2 kelantan untuk dibawak bekal berbuka posa di KL. Akak pun cam tu sebenonya, bulan posa teringin la nak makan kuih2 kelantan yang sangat menarik tu.. esp sagumpal.. lapis sekaya, akok, buah mulong, nekbat,tepung pelita, colek ayam wahhhh meleleh airliur akak dissat menaipnya.. sorry karipap org kelantan tak makan yer.. tak der langsung nilai2 estetika karipap di bulan posa...
dan dibulan posa juga la akak akan mengidam segala jenis kerabu, nasik kerabu, ayam percik,solok ikan dan segala lauk2 kelantan.. tapi sorrii.. kat pasar ramadhan tu sangatlah taksedapnyaa dan sgt la mahalnta hapa2.. rasa pun tak sama ngan kat Kelantan punya.. so dibulan posa ini akak hanya boleh menaruh kepercayaan kepada restoran sup UK kat sek7 sahaj yang berupaya untuk mengembalikan nostalgia indah berbuka kat kelantan.. ( tak la sepenuhnya tapi ok la dari ngko menyumpah seranah sipenjual lauk yang tk berdosa di pasar ramadhan itu)..
Takpasal rasa lapar plak duk menyenaraikan lauk2 kegemaran nih.. ishhhh
owhh nak balik nak balik.. kalau kat rumah.. lauk singgang daging pun dah sangat sedappp masa buka posa...mak aihh ngidam singgang daging la plakkk...
No comments:
Post a Comment