day 6..
Bukan kira berapa hari posa.. tapi.. berapa hari duk mendetoksifikasikn badan ni...
Dah 5 hari.. keluar masuk toilet.. penat wooo.. ada kalanya tak kerap sangat..adakalanya ( cam hari ni) hishh... toliet bowl pun dah bosan kot nengok akak bertenggek atas dia hahahah
since esok nak kena pi rheumy klinik... haruslah stop untuk sehari.. tak koser nak berulang pi tandas spital.. kat opis ngan rumah boleh la.. bersih..
dah dah 5 hari, akak berjaya tidak pergi kemana-mana pasar ramadhan.. masak sendiri.. takder la grand sangat, tambah2 duk sorang lagi la... buka posa makan kuih jek.. semalam teringin nak makan popia, buat la barang 20 ketul, goreng 5 ketul pas tu minum air teh secawan.. itu je la juadah buka puasa.. semenjak ambik supplemen detoks , rasa kenyang jek.. tapi sahur harus gak la makan carbs.. so sahur makan leftover spaghetti tuna yang digoreng di ptg sabtu.. letak brocolli dan cendawan banyak2.. ( yang menyumbang kepada kekerapan masuk tandas juga la tu)
petang ni, since kelas abis kul 6, rasanya terpaksa la juga beli (wahh terpaksa tu).. dedulu, 2 tahun lepas ingat lagi, asyik tulis dalam blog , hari2 kena jamah nasik kerabu.. dulu boleh la param depan rumah.. pas tu org yg jual tu memang yg jual hari2 bukan bidan terjun bulan poser jek..
akak bulan pose memang allergi dengan masakan bersantan.. napa tah.. so dalam hati cuma ada kuah yang jernih jek cam tomyam ke, sup ka, masak bening ke.. ayam cuma boleh makan ayam goreng jek.. (ayam percik pun ok )tapi yang lain meman g hanya akan menjadi santapan mata sahaja... senang nak bela akak ni :).. tak der nak perabiskan duit pun hahahha
duk sorang ni,, nak buat kuih pun malas,,, nak buat banyak bagi kat jiran? ermmm jiran pun akak tak kenal tau... yg depan rumah.. pasangan tanpa anak.. kalau terserempak keluar rumah sekali,, laju2 jek dia blah masuk lif cam taknak berdepan jek... org sebelah pun dah bertukar ganti... bila akak kuar menyapu, kalau kebetulan dorang ada kat luar, cepat2 masuk... ishh terasa sungguh akak.. cuma yang kat hujung tu jek.. yang dah beranak pinak... kalau jumpa jek senyum.. tapi itu la akak ni kadang2 jumpa sekali dua lum cam.. kalau org senyum esp lelaki.. antara dua.. nak senyum ke tak.. mana tau akak yang perasan ke ...
Rasanya tak der bezanya ramadhan atau tak... cuma amal ibadah jek yang rasa lebih skit bila bulan posa.. yang lain tu.. macam nak makan ke apa.. sama jek sbb bukan bulan posa pun ramai jugak yang tak makan beriya...
rasanya hidup sebatang kara ni cam tu lah.. bulan posa cuma meriah bagi yang hidup berkeluarga.. tanya la manusia ke jin afrit mana pun... akak kalau nak rasa meriah, pegi la lepak rumah abang yang penuh dengan anak buah.. tapi tu la.. yg dah besar pun buat kije sendiri2... manjang duk atas main playstation la.. bukak internet la... layanyang kecik jek la... *sebak*
Semua orang ada kehidupan masing2, macam akak pun.. dah lama berseorangan ni, bunyi2 bising jek rasa nak marah orang... nak ketenangan la kunun.. sekali sekala boleh la jumpa kawan.. tapi kalau dah selalu.. apa ke pekdahnya.. waima.. kawan baik pun semua dah berkeluarga... yang tak berkeluarga.. tak boleh masuk dia org punya peel lak...
kalau zaman dulu, umur cam akak ni dah ada cucu tau ( ewahh motif nak cucu hahaha), hari tu ada sorang budak kecik dalam umur 3-4 tahun masuk lif ngan mak dia.. makdia duk panggil akak ni "nenek' bila bahsakan kat anak dia.. ishh sentap disitu akak.... hahahaha.. tapi pk2 betul la.. kalau akak ada anak masa umo 17 tahn, anak sulung dah 25, mesti dah berkawin bagai ada anak der kan... so tak jadi la sentap, tapi jegil2 manja jek kat mak dia hahaha.. nak sedapkan hati.. ok la ok la akak jadi nenek vogue jek la heheheh
Frankly speaking, akak tak kesal pun kalau dah ditakdirkan takder jodoh sampai ke akhir hayat.. Itu dah bahagian akak dari Nya.. Ada la sebab musabab nya TUhan dah takdirkan cam tu.. Akak redha sebenarnya ( waahhh siri meluah perasaan la pulak)..
Tapi kan, akak rasa mungkin masa dalam kandungan dulu masa Tuhan bagi pilihan kat akak, kau nak Phd ke kau nak kawin dan ada anak, dan akak yang materialistik ini pun memilih nak ada Phd sebab kalau ada Phd dapat banyak duit, dan kalau ada duit banyak, ada kau kesah ko ada anak ke laki? so akak pun memilih pilihan yang kurang tepat hahah ( astaghafirullah, akak joke jek ni tau)
tapi kan, akak selalu terfikir.. in a way musahabah, kalau akak ni tak sakit sejak kecik, mungkin bila besar, akak akan jadi liar dan bebas dan jahat mengalahkan jin afrit, kalau akak ni punya suami dan anak, mungkin akak tak boleh menjaga rumahtangga akak dengan baik, end up dengan cerai berai dan sebagainya.. so konklusinya,, segala yang berlaku itu mesti ada hikmahnyaaa.. kalau dah kita berusaha tapi Allah tetap tunjukkan yang itulah pengakhiran hidup kita... akak pasrah.. sebab DIA tahu, akak bleh menerima dan menempuh segala dugaan dan cabaran serta ujian yang diberikan.. ( wahhh adakah akak mengangkat bakul sendiri?)..
Ilmu akhirat takder la sebanyak mana, seriously masa akak kecik dulu biasa la budak kecik), bla sakit jek akak nangis, tanya kenapa lah DIA beri ujian yang berat ini pada akak yang masih kecik ni , tapi bila dah meningkat dewasa dan 'menua" akak bolehjek terima apa jua dugaan tanpa bersungut atau merungut. kadang2 persekitaran tersebut boleh menginsafkan kita sebenarnya.. baca blog minah loaded yang berbapakan tansri, rasa macam.. wahh bestnya diaaa... semua yang dia nak dia dapat.. tapi bila baca blog yang meruntun jiwa, macam ibu yang ada anak bermasalah ke.. terasa betapa bertuahnya kita... bila baca berita bayi dibuang.. terfikir, macamana la ibu dia tu menghadapinya berseorangan... dengan masalah maha besar.. pas tu mengambil keputusan melulu...dan otomatik terus mensyukuri diri kerana diberi akal yang rasional sepanjang 42 tahun hidup di dunia ini... Banyak benda sebenarnya yang kita boleh fikir-fikirkann dan mensyukuri nikmat yang Tuhan bagi...
.. dan bulan puasa ini jugalah yang membuatkan akak berfikir sejenak.. tanpa perlu memikirkan.. apasal la aku lapar sangat ni,, nak makan pun takder apa.. sebab banyak masa yang kita boleh peruntukkan di bulan puasa ni untuk memperbaiki diri.. bukan hanya dibulan puasa tapi untuk bulan2 seterusnya...
Akak insaf.... ( harapnya untuk selama-lamanya la ).. ni idok, esok manjang duk komplen marah tak leh bukak botol sos cili, la tak leh capai hanger kat kabinet atas la.. (itu bukan marah, itu keciwa sebenarnya) hahahaha
Ok lah... memulas untuk kesekian kalinya...
No comments:
Post a Comment