Wahh.. udah lama akak tak mengupdate blog.. asyik baca blog org jek, tapi update blog sendiri malasssss.. sebab akak tau paling cepat 30 min gak nak menulis entri baru ni.. buang masa tu.. sebab baca blog org cuma ambik masa tak sampai 5 min.. geddit? ekekeke
Anyways, akak sangat la bz semenjak 2 menjak ni, ni pun sebab dah tak larat nak mengadap draf thesis postgrad students akak yang sangatttt sloww cam kekura tu... arapkan supervisor jek baca laju kalahkan ferrari ekekekeek..
Akak cuba mengupdate previous events secara random ...
Cuti semester : Undergrads dah start cuti starting 22/11 hari tu, tapi akak nengok masih bersepah lagi bebudak yang tak balik.. especially budak final year dann juga budak postgrads.. hari tu minggu exam sengap la kejap.. ( motif akak nak fac takder org ni napa tah)
Raya Haji : akak balik raya haji dengan jayanya selama 5 hari. belum cerah tanah on the hari raya day, akak dah terpacak kat subang tunggu fireflyz yg telah delay selama 10 min dari waktu jangkaan dan membuatkan perut akak tak sabar2 nak melantak hidangan di pagi raya iiatu nasi kerabu. sampai rumah terus bfast dan tepat2 pukul 10 akak pergi mengakadkan jual beli korban.. Fuh, tahun ni, sangat punctual tak macam tahun lepas. sampai jek, semua pengorban dan mangsa korban sudah berada di lokasi. Akak selamba saja tanpa kamera dslr dan juga video cam (tak macam org lain yang berkobar nak rakam), tapi bila melihat lembu tu yang tak putus asa nak jugak bangun walaupun dah direbahkan, akak ada gak pikir.. eh lembu ni cam taknak masuk sorga jek.. kurang redha bila dilihat dari segi perlakuannya.. ( atau pun dia rimas nengok manusia ber-iya nak rakam aksi 18SG nak masukkan dalam facebook ekekekeek)
Balik rumah akak layan 'beretoh" =tidor dalam slang kelantan yang kasar. lama tak dengar perkataan tu, tapi itulah ayat ala2 gangsater yang di letakkan dalam Fb status akak di hariraya oleh abng akak yang berada jauhhh di marseilles sana, disebabkan time dia call, akak tengah tido.. oh by the way, dia dan family yang terdiri drpd seorang isteri dan seorang anak pompuan berumur 7 tahun dan seorang anak lelaki berumur 9 tahun akan balik ke Malaysia pada cuti krismas ini. Siap dah cakap nak makan macam2.. itu le.. masa zaman duk KL dulu.. takmaunya nak balik kg.. sekarang.. ala-ala merindu dendam kat segala masakan kelantan ekekekek
Akak sorang jek yang balik raya haji, sebab abg akak sorang lagi balik on friday. Khamis dia ada meeting yang takleh ponteng.. so ptg jumaat tu dah tercongok kat KB. Walaubagaimana pun, kalau nengok FB akak, perasan tak betapa kuciwanya akak sebab segala keinginan sebelum balik tidak dapat dipenuhi.. Cam ampesss jek org kelantan ni ( eeii ni akak terkecuali ekk) kalau raya haji... abis segala kedai ditutup selama seminggu.. mengalahkan raya poser lagi...
kesihatan : owhh semalam akak kena ambik darah untuk banyak test termasuklah HIV, heoatitis, SLE dan pelabagai lagi.. nasib la akak rasa cam darah dah byk sikit sebab bila MLT tu took out, takder la dia menggodek-godek jarum tu kat lengan akak sampai lebam berbulan.. memancut jek darah tu walaupun slow dan proses itu mengambil masa yang lama la jugak sebab darah tu kena dimasukkan dalam banyak heparinised tubes.
Had another depo jab untuk mengurangkan endometriosis simtoms akak.. sap sap sui jek tu... Hopefully by the next appointment ie on 2/12, akak punya FBC and Hb and liver function semua dah ok... aminn... of lates pun, akak rasa akak dah makin ok.. walaupun sesekali tu cam nak sesak napas gak ( tapi mungkin sesak nafas tu due to akak yang dah gain weight ni, sampai takut nak diri atas weighing scale ekekeke)
Works: haaa.. ni memang takder final end nya... patutnya dah student cuti ni boleh la akak menarik nafas kelegaan dan buat kije sendiri tapi tidakkkkk, ok. Dek kerana 2 post grads akak yang supposed to submit their thesis on 10/12 tapi masih belum habis tulis some parts, akak akan sekejap2 jadi naga atau pun harimau atau pun sang kancil dengan mereka. akak akan juga menyingakan diri dengan staf yang terlibat sebab depa tak buat kije.. asyik ilangkan form orgg jek kije dia pastu antar surat reminder kununnya kita tak hantar report la apa la.. pas tu ada hati nak threaten org.. ptuihhhh..
Home: owhh akak baru la buleh start buat hse chores balik bila confirm menyapu pun takkan rasa mengah cam dulu. At the mo, tengah nak transfer my bedroom to a bigger one sebab selama ni akak duk bilik belakang and master bedroom buat jadi store room, ( bijak tak akak ekekeke). So sekarang dah pasang railing and akak kan hari tu pi bandung, akak siap pi beli lace curtain yang dah siap tu untuk dipasang. owh bandung trip will be narrated later in another para.. ekekekek
Bandung trip : akak kan stranded satu hari bila nak balik KL.masa tu duk pk, mati la aku kalau lama2 stranded ni aku nak makan apa, sebab segala rupiah dah dibelanjakan kat bandung ekekekee. Nasib la.. starnded sehari jek, dan accomodation was fully sponsored by MAS.. merasa la duk 5 star hotel kat jakarta with buffet spread ekekeke. owh it was a fruitful and overspent trip ekekeke. tapi konferens nya takder la memberangsangkan sangat sbb the facilities are badly accomodated. Bayangkan international conference cam tu, toliets boleh takder air dan ditutup by noon. nasib ada toilet kat masjid dimana tempat para students nya melepak. nasib akak tak lepak sekali kat beranda masjid tu ekekeke. Tapi pegi Pasar baru ada lah pengalaman yang cukup menyeronokkan, sampai ada keinginan nak pegi lagik dan borong banyak2 bcos the items there are triple cheaper than those in KL. You can get a blouse with RM10. where as kat sini those yang borong the same item will markup the price to the normal blouse price in KL. owhh sangat heaven bila bershopping altho im not into factory outlet things.. when u spent yr money in pasar baru first then later, u ll be comparing prices with what avail in factory outlets. But still the FO items are cheaper than those in KL. Owh btw i am now addicted with indon sos,ABC which they called it as sambal asli.. sangat la sedappp compared to chili sauce kat malaysia yang manis.. I even requested my brother's bibik who will be going back to surabaya tomorrow to buy me bottles and bottles of that particular brand. Alaaa yang ada iklan kat tv yg duta dia tu Chef Zam tu.,but that one is a different sauce, saus manis ABC yang cam kicap and boleh jugak buat pencecah. Saus asli rasanya cam tak sampai jek kat Mesia ni..
and btw, saus extra pedas in Indon is not pedas at all.. siap cashier tuh warning akak masa akak nak beli.. apparently akak makan sambil marah sebab rasa tertipu... ekekekek
kan dah cakap tulis entri baru dah ambik masa dekat sejam.. sheeshhhhh... anyway this is just the beginiing of the longchained entries.. ecewahhh.. dream on la.. kurang2 lagik 2 bulan ko update kan ekekeke
Till then..
1 comment:
aku pun malas nak menghupdate.. malas sebab byk keje la ni.. haha.. ko balik raya haji 5 hari aku langsung tak balik.. huh! abg ko yang kat marseilles merindu dendam, aku nih dendam kesumat sbb tak dapat balik kampung... haha... ada order catering before and after... so kena buat la jugak kan?
Post a Comment