Thursday, September 02, 2010

Saat menjelang balik kampung

Esok akak balik! hahaha advance betul.. di saat bebduak skolah masih lagi kena belajar lagi satu hari, akak dah terbang balik KB, gila taknak kalah ngan bebduak ingusan yang excited balik kampung ( akak yang tua bangka ni pun taknak kalah ekekek).
Alkisahnya, akak ingat akak dah tak lewat nak book tiket balik, tetiba sebulan sebelum posa, akak check semua airlines, tarikh a few days belum raya tu dah sold out ( cam hampeh), kalau ada pun makan 3-4 ratus untuk one way trip, akak mana mampu!.. last2, browse tengok tiket paling murah adalah seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya.. so akak pun turut la sama menyertai kekalutan budak skolah untuk balik awal berposa kat kampung kekekek.
dedulu akak rajin jugak menumpang adik beradik yang balik kampung naik kereta, tapi sekarang, anak dorang pun post kot udara, apa kes akak nak menyelit2 nak tumpang disebalik celah2 kerepek, biskut dan beg2 dorang tu.. lagi satu, akak tak larat nak rasa kematu kat dalam kereta sebab lama sangat nak sampai.. ada 4-5 tahun sudah... akak nasib tak terkencing dalam kereta jek sebab terlalu lama menahan .. abis nak berenti, jem bumper to bumper.. tu bykan highway.. jalan kampung jek..
so resolusi semenjak 23-4 tahun keelakangan ni, balik sendiri, hari tu akak baru tingat nak beli tiket balik raya haji, dah sold out semua dah.. nak taknak akak balik pagi raya jek.. :)
4-5 hari lepas, akak melepak (tak ingat) kat KD. 5 hari tuuu.. siap ambik cuti lagi isnin tu sebab selasa kan cuti merdeka. kunun2 bawak kije nak buat sekali.. harammm tak disentuhnyaaaa.. tapi kan, ikut hati akak rasa cam nak balik rumah sendiri juga bila kebosanan menjelma.. so ptg selasa tu rasa cam legaaa jek bhila dah sampai rumah.. akak tak tunggu pun nak buka posa kat KD selasa tu.. sebab ingat nak mendobi kain baju yang ditinggalkan since jumaat.. sampai2 jek terus bawak masuk kain baju masuk washing machine... tengok2 air takderrr.... ! sakit hati betul.. ghopa2nya dorang rajin nak cuci tangki hari cuti tu.. akak expect dorang cuci time hari kerja... so pahala posa akak kurang le hari selasa tu sebab duk menyumpah2 pihak pengurusan yang amat cerdik pi cuci tangki hari cuti pas tu offkan air sampai la lepas buka posa...
cuti lama hari tu, akak sempat la buka ngan hoemmade nasik kerabu yg sangat bestt sampai tak cukup satu periuk besar... sangat sangat sedappppp.. tapi sebab panggil org datang buka, so portion org yg ambik makanan terhegeh2 ni sangat ciput sebab tak sempat nak tambah dah habis ekekeke.. padan muka ko akak...
hari sabtu lak bukak posa kat puncak alam, ok le.. tapi sebab hari tu akak dah makan kari kepala ikan, dah tak rasa nak jamah lagi.. hari ahad buka ngan spaghetti meat ball, hari isnin ngan lauk ketam.. tak koser akak nak makan. nak abiskan sekor tu pun punya la lama sampai kering nasik kat tangan kekekek
since balik rumah, akak cam takberapa lalu makan jek.. napa tah.. tengah tido sebelum bangun sahur pun asyik rasa mual... masalah tul la.. tapi bukak posa abis gak apa2 makanan hehehe..
kerja pun ada yang akak dah settle especially yang ada deadlines tu.. tetiba jek bersemangat buat kije sebab taknak ler balik nanti, kerja banyak pending... actually bila akak balik nanti mungkin akak sorang jek kot kat rumah.. len2 maybe balik lewat skit.. sorang dah berambus ke france, sorang lagi beraya kat penang.. cam tak cukup kuorum jek.. tak best rasanyaa..
mak akak pun time posa mesti tak berapa sehat... moyok jek.. akak lagi la takder mood kalau dah tengok keadaan cam tu.. adik akak sorang lagi hopefully balik sama akak esok since dia kat KT jek.. manjang tulis tak sabo nak balik kat status FB dia.. dan akak seperti biasa la mematahkan semangat dia dengan mengeruhkan keadaan kekekeke.. dah memang tu nature sorang kakak kan.. takder nya nak bagi muka kat adik2 dia kekekeke..
akak dah belikan baju kat bapak akak kat the curve last week.. sukerr.. sebab akak memang suker soping kat bapak akak ( anak sapa la mithali sangat ni ekekeke), pas tu kan nanti akak akan kira berapa kerap dia pakai baju akak beli compared to baju yg siblings akak yg lain beli... selalunya.. kalau dia kerapa pakai tu maknanya dia suka la... purata akak beli baju kak bapak akak kan.. ada lah dalam 5-6 helai setahun.. kalau ada trip ke indon mesti akak beli kan.. last trip kat jogja pun ada beli.. ( eh ni dah ada unsur2 riak ni akak)
okeh la nak pi solat dulu.. tgh pikir camna nak bawak balik biskut raya nanti.. selalunya akak pos thru abg akak jek.. tapi memandangkan hari ni baru nak ambik.. esok dah nak balik.. takder la nak berkirim2 bagai.. kalau boleh masuk semua dalam checked in luggage ok jek ( pas tu bila sampai tinggal serdak kekekek), ni nak kena p hand carry leceh la.. sebab akak tak nak feeling2 balik kampung bawak biskut raya.( ecewahh). akak cuma gheti balik kg nak raya lenggang kangkung ekekekeke...pas tu jeling jek bila satu family balik kg checked in luggage satu kontena.. no no no itu bukan akak okeyyy... kekekee.. last year lagi bagus.. akak beli set pinggan mangkuk kat pengkalan kubur untuk pakai hari2 kat umah akak, akak kirim kat adik akak suh bawak balik KL.. apa2 jek yg boleh dikirim semua akak suh kirim.. hasilnya.. akak berjalan2 kat airport tu dengan handbag jek.. tanpa luggage kekeke
since balik kg ni takder internet... so akak awal2 lagi mengucapkan selamat hari raya dan maap zahir batin... mana la tau kot tulisan akak ni ada membuatkan sapa2 tersindir ke tersentap ke.... tanpa sengaja... balik kg ni for sure kena bergaduh ngan anak buah akak si daniel gumuok tu... dia tu kalau tak buli makcik dia memang tak sah le...
bye..

No comments: