In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on. --Robert Frost
Tuesday, July 06, 2010
Al-kisahnyaaa
akak di royal garden, istanbul.. dikelilingi ribuan kembang tulip..eh tau tak.. tulips are actually originated from turkey.. tapi tanah belanda yang dapat nama land of tulip.. sungguh tak patut... kalau ke istanbul musim bunga, memang akan nampak tulip dengan pelbagai warna sepanjang jalan dan di mana2 taman.. sangat sanntekkkkkk....
Terlebih dahulu, akak ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya entri ini ada berbau sedikit keriakan.. memandangkan.. menjadi seorang akak yang 24 jam duk sensorang ni, kat mana lagi akak nak mengabarkan perkembangan diri, kalau tidak di blog sendiri ( tapi tu pun jarang-jarang la sbb akak ni kan ikut mood, time mood siri bercakap ngan dinding, sekejap2 siri ketawa sensorang depan tv, kadang0kadang siri bermyahsabah diri,, watever lahh)
Arakiannya, sudah lebih sepurnama, akak meng'haram'kan nasi dalam menu akak.. nasik sahaja tau sebab segala jenis karbohidrat lain, akak masih makan dalam kuantiti yang tidak banyak. ye, akak masih perlukan karbohidrat untuk menjana tenaga supaya senang akak nak marah students master akak yang serba lembab tu..
tapi semalam, akak terpaksa la juga makan nasik ( nasik beriani herba lagi tu) di ladang herba kat pagoh tu, memandangkan akak dah membayo harga untuk pakej lawatan yang termasuk set nasik beriani herba dgn ayam herna dan segala2nya yang berunsur herba la kekdahnya..itu pun akak menyuap bersama sendu di hati.. guilty sangat la rasanya.. ( tak padan balik tibai roti separuh buku hahahaah)
nak cakap berat badan akak turun pun idak la, tapi akak rasa kandungan gula dalam darah takder la mencanak sepanjang masa.. ( owh lupa nak cakap, akak ni sebenonya ada diabetes ye kawan-kawan).. sepanjang satu bulan akak kerap la mengambik sayur dan protin sahaja sewaktu tghari ( sampaikan budak kat kafe kelab golf tu dah sedia maklum), akak ni umpama arnab yang telepas di padang golf itu gamaknya..
hasilnya... owh.. akak gumbira.. berat nya mantain sahaja.. dan akak merasa lebih sihat.. dan tak ngantuk pas lunch.. bley? yang penting kandungan gula dalam darah tetpa mantain sepanjaang hari dan akak pasti rheumy akak akan kagum dgn pemeriksaan darah akak.. cehh perasannn..
yang penting, akak punya waistline semakin mengurang, walaupun berat total takder la mengurang banyak sgt.. so beberapa helai jeans yang tak muat dulu sudah boleh dipakai (sila tepuk utk kejayaan ini)..
owh..masa akak balik turki bulan april lepas, akak sangat terperanjat bila menapak ke atas weighing scale, harap jek berjalan punya la jhauh.. tapi akak naik sampai 2 kg time tu.. separuh pengsan dibuatnya...
of course la, akak ni dinasihatkan tidak selalu menapak disebabkan ingin menjaga segala sendi yang menunggu masa untuk collapse itu.. apatah akak kan tidak berupaya untuk naik turun tangga, so apa lagi yg akak boleh buat untuk exercise kan?
so akak ingin teruskan dengan kempen tidak makan nasik ini selama yang boleh untuk kesihatan diri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment