Kadang-kadang kita akan rasa dada kita sarat dengan masalah yang takboleh diluahkan. Sebab penyelesaian kepada masalah itu tiada penghujungnya. Maka, jalan yang paling baik, simpan dalam dada dan makin bertambah senaklah rasanya. Lagi satu, pura-pura masalah itu tidak wujud dan bergembiralah melalui kehidupan yang penuh kepura-puraan. manusia mana yang tiada masalah? samada masalah itu besar atau kecik sahaja., atau memang sifat manusia memperbesar-besarkan masalah yang kecil dan meremeh-remehkan masalah yang besar? kategori manakah kamu?
Sekiranya kita boleh melalui kehidupan tanpa gangguan daripada anasir'subversif', tanpa hasad dengki makhluk sekeliling, tanpa kutukan yang ingin menjatuhkan; kritikan membina memang dialu2kan tetapi kebanyakan manusia cuba berselindung disebalik maksud kritikan itu kononnya 'membina' la sangat walhal niat sebenar hanyalah untuk 'mencari pasal'.
Dan sebab itu lah ada lah jenis manusia yang totally akan memendam rasa dan sebaliknya berdoa semoga Allah yang Maha Kaya itu akan memberi balasan kepada kaum pengzalim itu. Biarlah dendam dan kezaliman makhluk Allah itu diadili dengan saksamanya oleh si Pencipta...
Dan saya juga percaya dengan hukum Karma.. cuma masa sahaja yang menentukannya...
No comments:
Post a Comment