Tuesday, May 25, 2010

Misteri Nusantara 2

Assalamualaikum.....
semenjak 2 menjak akak ni sgt bz.. iya bz dengan kegiatan paranormal yang berlangsung dirumah akak tanpa akak sedari.. ala-ala mistik gitu..so semenjak akak dah aware dgn aktiviti paranormal tu, terpaksa la akak mengambil usaha untuk memberhentikan kegiatan 'haram' tersebut ( haram la, dah berlangsung tanpa kebenaran tuanrumah) dengan pergi berubat kat beberapa orang ustaz ( nanti la akak updatekan lain kali secara terperinci)
.. balik dr istanbul ari tu, akak ke jogjakarta ye mas mas dan mbak mbak sekelian ( motif tetiba cakap indon?) untuk mengunjung universiti gajah mada dan juga untuk aktiviti berwisata dan libur dan shopping kat pasar beringharjo. hasilnya wang di akaun akak susut berjuta-juta rupiah... heh:)
sekembalinya akak daripada liburan di jogja, akak kembali ke kampung halaman sambil membuat lawatan mengejut ke rumah adik akak di KT. dan baru minggu lepas akak kembali ke serdang... dan sekarang seperti dipermulaan paragraf tadi, akak tgh berusaha untuk mengurangkan aktiviti paranormal daripada terus berleluasa di teratak buruk akak.. ecewahhh
Minggu ini, akak ada konferens di KL, dan minngu depan mungkin akan ke Penang barang semalam untuk melawat student praktikal...
Rasanya masa berlalu dengan begitu pantas.. Niat di hati masa cuti semester ni sempatla menulis paper untuk penerbitan jurnal...
Aja-aja fighting akak! ( tetiba... )

No comments: