Sekarang ni disebabkan dilambak dengan beban kerja yang memerlukan kesemuanya diselesaikan sebelum 17 hb, akak dah mula merasakan satu hari tak cukup 8 jam kerja.. CTolak dengan masa pegi toilet, makan, meeting ngan students, satu tesis pun tak sempat abis baca sehari.. ditambah dengan 5 business reports yang harus di bagi markah.. report pada penghujung kursus, slides yang masih perlu dibuat.. memikirkannya rasa mahu stay back kat ofis sampai malam.
Malangnya, rasa kesian kat driver mengatasi segalanya. Kalau nak suruh dia datang ambil dalam pukul 7 gitu,abis pukul berapa dia akan sampai rumah? mesti lepas pukul 10 malam. Almaklumla KL ni makin lewat makin jam. Maka, nak tak nak, terpaksa la juga balik tepat pukul 5 so dat driver boleh sampai rumah dia before 7.
Hari ni kononnya dah janji nak balik dengan kawan, so dat kita orang boleh stay back sampai maghrib. Tapi rancangan tak terlaksana. At the end balik pukul 5 juga.
Masa kita sibuk ni la, masa tu la nak buat audit, bagi deadline bagai...
Apa salahnya kalau semua tu boleh di hantar selepas 24 hb?
macam ada 3 orang students ni.. disebabkan dia org bertiga jek yang kena pegi somewehere on tat exam day.. siap merayu suruh postpone exam. Kalau dia cakap dia org jek yang terlibat, of course la kita org boleh awalkan exam utk 3 orang tu. Tapi sukarela la plak merayu untuk kawan2 lain yang tak de kena mengena. Itu la buat ayat separuh jalan.
Esok cadangnya nak terus buat kije tanpa apa2 gangguan. kena pikir dua kali untuk pegi bersembang. Selalunya sembang tu jadi kegiatan sampingan sebab ada jek terjumpa orang yang nak bersembang on the way to toilet..
meja pun semakin berselerak. Silap haribulan terjumpa bangkai cicak kat atas meja tu hahahaha.
Ok la.. bak kata students.. aja aja fighting la gamoknyeee..
Weekend ni baru ingat nak kemas rumah.. dah ada agenda lain.. mom n sis are in town.. kena la jugak pi jumpa.. dah dekat 5 bulan tak jumpa mak.. sebelum pegi mana2 baik mintak restu mak dulu kan :)
No comments:
Post a Comment