Pagi tadi mood akak masih elok sehinggalah, ada manusia durjana yang tengah elok2 minum teh tepi akak menegur akak dengan cara yang sangat kurang sedap ditelinga akak. Akak yang tengah membaca ruangan hiburan kat harian metro masa tu, sebenarnya tengah duk baca mengenai budak2 yang layak ke AF8 tahun ni. I mean,salah ke akak membaca nya, bukannya masa tu akak ada menggossip atau mengumpat pasal dia orang. Akak hanya membaca dengan senyap dari paragraf awal hinnga ke akhir., sambil2 tengok jam, sempat ke lagi akak masuk kerja pukul 8.
Tiba-tiba ada lah seorang manusia tu yang terus jek menyeru lantang depan akak " You baca ruangan hiburan tu, takder faedah langsung, those are all bull shits" sambil bersuara dengan sombongnya.
Tahu tak apa perasaan akak ketika dan saat itu. Sangat SENTAP ok....S.E.N.T.A.P!
Akka cuba nak menyambung semula pembacaan akak tapi 'mood' akak dah hilang. Terngiang-ngiang ditelinga akak, kata-kata manusia tersebut yang berbaur sombong semacam. I mean, kalau ye pun nak tegor, boleh tak cakap elok-elok, contohnya.. " dah-dah le baca pasal AF tu'.. takpayah le sambung dengan "tak berfaedah langsung u baca tu"!
Akak baca fakta ok.. bukan ruangan gossip, bukannya akak tengok pun konsert AF tu, tapi apa salahnya akak baca sapa budaak2 yang terpilih tu, mana asal doa, apa pendidikan dia, apa hobi dia.. salah ke? SALAH ke?
Terus akak tutup paper tu sedikit kasar tapi takder la sampai hentak meja as he claimed. Kalau betul2 akak hentak meja, dah lama meja tu terpelanting. Akak bukannya ada kudrat sangat nak hentak2 benda- benda nih.
So terus la akak membisu seribu bahsa sampai ke fakulti. tisu yang akak pegang kat tangan dah akak robek2, carik-carik sampai hancur. Ikutkan nafsu amarah dah akak campak je kat muka dia.
Selalunya kalau hati akak tengah kacau macam tu, ada jek bahu yang akak boleh pinjam, tapi hari ni, sangat sibuk nak marking paper la, students datang jumpa la, macam-macam la sampai akak takder masa nak meluahkan perasaan amarah akak tu.
Banyak benda yang akak rasa boleh tempelak kat 'penegur' tu tapi akak simpan jek dalam hati. Cuma mata jek la berair sepanjang perjalanan tu.
Manusia tu kata akak takboleh terima nasihat orang, tak boleh terima teguran org lain. Itu pun akak tak menjawab. Sebab akak tau kalau akak jawab, akan lain pula jadinya nanti.
Cuma akak pikir, kalau baca ruangan hiburan yang seminngu sekali pun susah tu tak berfaedah.. jadi.. hisap rokok yang dah tentu menghitamkan peparu tu, sampai 4-5 kali sehari tu. berfaedah ke?
Akak boleh teriuma teguran orang tapi kalau nak tegur tu, cermin dulu diri sendiri.. jangan suka hati sahaja sebut "tak berfaedah; kalau diri sendiri pun tak mampu nak quit buat keja yang tak berfaedah...
kan?
sampai la saat ni.. akak masih sentap, dan jangan harap akak nakmintak maaf sebab akak tak rasa akak bersalah. Akak tak hentak pun meja.. dan bukan akak yang cari gaduh. Akak juga tak makan pulut dan akak tak rasa santan yang ditanak dengan pulut tu santan yang masih elok. Santan basi kot...
Sekian.
No comments:
Post a Comment