Seriously, akak menjadi sangat rajin mengupadate 2-3 hari ni memandangkan aktiviti akak yang biasa di hari cuti iaitu tido terbongkang di atas sofa sambil tengok tv tidak dapat dilaksanakan berikutan kehadiran tetamu2 kecil kat rumah akak ni. Arakiannya terpaksa la akak mencari hobiain untuk mengisi masa cuti selama 4 hari ini dengan mencari pepenjuru dinding dan membuka laptop sambil mem-bloghopping, walaupun sumpah, aktiviti begini adalah paling tidak digemari tatkala cuti panjang. Akak rela melepak disofa kecik yang hanya boleh memuatkan 2 orang kanak2 sahaja sambil menonton back to back episode siri CSI. Tapi minggu ini akak terpaksa mengorbankan sofa kecik kesayangan akak itu utk orang yang lebih memerlukan huhuhu. (tapi akak rasa cam cuak jek sebab budak2 cam manjang tengok tv jek, ye lah,, anak orang, nak akak tego2 kan.. majuk nak balik rumah anak2 yatim lak kan)... ishhh sesungguhnya akak adalah amatur di dalam bab2 cam ni tau..
Hari Sabtu, akak berjaya goreng mee hoon untuk lunch, dan rasanya menjadi kegemaran ramai kot sebab akak bagi dorang makan sampai malam hahaha ( tak senonoh tul). Lpeas tu pagi semalam akak goreng segala frozen food yang ada dalam fridge, pas tu bfast makan roti dan butter jek.. tengahari akak pegi tesco carikan baju barang 1-2 helai untuk budak2. Seriously, akak nengok dorang ni pakai baju cam tangkap muat jek. Baju kurung yang boleh isi seoranmg budak lagi..Yang herannya tak nampak pun dorang letak panties dalam bakul baju kotor tu...Akak sangat musykil jugak tu.. adakah diaoramg pakai panties yang sama berhari2? ( eeuuww tak sanggup akak nak tanya).. so kesudahanya, akak belikan panties, baju tidur, baju jalan dan sandals untuk diaorang. pagi tadi kitaorang turun bawah bfast kat kedai mamak, dah bergaya sakan la dorang dengan baju yg dibeli semalam tapi yg tak berapa sedap mata memandangnya, dorang still pakai tudung yang dah al-ala telekung sembahyang gayanya. Nak tego, karang takut kecik hati pulak... ( bukannya akak ni nak cakap akak ni orang bandar, pandai bergaya, tapi zaman akak muda remaja dulu, kalau akak tak berapa pandai berpesyen, nak mix n match ni.. ada jek la yang tolong tego kan cakap pakai cam ni tak seswai. ) Ala mak akak dulu memang cukup trendy per.. dia la yang menjadi penasihat fesyen utk akak cewahhhh hahaha.
Itu lah.. susah juga nak menego anak orang ni ghoopernyaaa yob..
Entah la.. adik akak dah tepon katernya nak ngambik akak dan anak2 pi rumah dia. Kita org nak bbq tengah hari ni.. biasa la sambut tahun baru cina hehehe.
By the way, 2-3 hari ni akak feeling2 cam mak2 org , iya lah.. selalunya akak basuh baju seminggu sekali jek, nih hari2 duk mesin baju.. sapu lantai pun 10 kali sehari.. ala budak2.. sikit2 suka beno nak makan kuaci pastu buat sampah kat lantai.. akak nak tego karang.. takut kecik hati ( eeee manjang akak ni nak kena pikir cam ni).. so selang 1/2 jam la akak duk mop lantai dapur, sapu lantai kat hall.. cam dah OCD plak rasanya.. hahahah (kalau tak mak akak ni.. nesti dia bangga, anak dia dah jadi pembersih cam dia hahahah)
Akak taktau la perassan depa ni camna.. iya lah.. entah2 sekali ni jek diaorang nak datang sini.. serik dah pas ni hahahaa.. tapi yang akak sukerrr sangat ngan budak2 ni.. masuk waktu jek terus solat tak payah nak menjerit2 nak suruh dorang solat.. Alhamduliilah bab2 ni tak perlu nak ajar.. dorang dah ajar yg elok2 kat rumah anak2 yatim tu..( anak buah akak kalau bab2 solat ni memang selalu buat tak ingat.. nak rotan pun.. mak bapak dia sendiri pun tak wat cam tu..)
Kadang0kadang terdetik jugak di hati akak yang selfish ni... rasa macam " ishh dah 40 tahun hiduo sorang, ada budak2 ni cam menyusahkan la.. " heeee trak senonoh tau hati jhat akak nih.. Tapi itu la.. akak kan dah berazam, tahun ni, resolusi akak adalah memperbanyakkan amaln dan mengurangkan pembaziran. ( iyalah.. selalu akak shopping bagak utk diri sendiri pas tu akak rasa menyesal sebab membazir..) tapi akak belanja utk dorang semalam, alhamdulliah akak tak rasa cam tu...Tengok keaddan rumah dorang yang terpaksa berhimpit2 untuk tidur, dengan kemudahan yang ala kadar tu.. akak rasa insaf. Akak cakap kat anak buah.. camna ye.. kalau kita masa kecik2 dulu terpaksa duk cam ni.. mesti asyik memberontak jek.. semua kena kongsi.. Iya lah.. akak ni pun ramai adik beradik, akak kan anak ke 5 dari 7 org adik beradik, maaa kecik2 dulu pun kena kongsi jugak.. tapi takle sampai kena share sampai 30 orang sekali. Dengan ruang yang sempit lagik.. Ada 3 orang adik beradik ni, semua lelaki ( yang paling kecik 4 tahun)dihanyar ke RAAY sg Manggis tu daripada Jabatan Kebajikan. Bapak diorang asyik duk bagi anak2 kat orang pas tu mintak duit Eventually jadi kes polis, dan budak2 tu pun.. dah serik , Dorang takut nak jumpa orang, takut orang akan ambik dia cam dulu2..Bila ramai orang datang melawat , terus masuk rumah sembunyi.. Kesiankan.. baru 4 tahun tapi dah trauma cam tu...
Akak nak kena pegi dulu.. Esok budak2 dah nak balik... lepas ni rumah akak sunyi balik.. Siri akak bercakap dengan dinding akan disambung balik hahaha...
No comments:
Post a Comment